Tuesday 12 July 2011

APA YA??

korang ingat tak buku GEMALA sekolah?...sapa ada design yg latest?..aku dpt yg lama gilerr jeee...hehe...tuh pun amik kat group mana ntah..isi kandungan GEMALA ni macam macam...selain merekodkan gambar pekerja, cikgu, pelajar dan aktiviti-aktivi sekolah ianya juga terdapat cerpen...sajak...puisi...meh tengok cover majlah GEMALA yang tahun bila ntah...hehehhe...

alaaa..kecik lee pulak....ermmm...tahun 1980...wahh..lama dah ni..ada sesapa yang punya design terbaru leh laa email kat pengelola blog ni yerr...bukan apa...nak gak tgk koleksi koleksi GEMALA yang tak sempat atau tiada sepanjang di sekolah dulu...

yang paling best leh tengok gambo sendiri dlm majlah ni..tapi tu laa...kalo ada sesapa nak jual GEMALA dari tahun 1992 hingga 1996 sila bagitau yeee..nak sgt simpan...GEMALA tahun 1996 yang saya punya dulu dah hilang...syang betul sbb dlm tu ada laaa kata-kata hikmat dr kawan...maklum lee tahun terakhir sekolah...uwaaaaa...mana laa majalah tui...sedih tul....sedih kerana nak tgk balik kata-kata yg kawan2 ucapkan..uwaaa....

Thursday 7 July 2011

Form Five 1996 (2)

Teman minta maaf sebab mutu gambar yang kurang memuaskan...tak sempat nak scan tangkap by handphone dan upload je untuk tatapan kawan semua...

Kelas yang seterusnya 5 SS1. Kelas kami ni satu blok dengan 5SS2 dan 5 SS3. Berada di tingkat atas, kira atas pejabat dan bilik guru. Bergegar selalu cikgu kat bawah dengar kami bergegak gempita di atas..

Kelas 5SS1 adalah kelas yang paling kool...hahaha...siap layan kepala je..
meh kita tengok gambar jab


Gambar ni ada unsur sabotaj dari jurufoto..huhuhu aku pen ketua kelas tapi tak dapat duduk depan sebab katanya tak de blazer yang muat untuk aku hwarghh...huhuhu jadi aku kena dok belakang..huhuhu..dah lama tak jumpa kawan- kawan semua. tapi alhamdulilah kita masih berhubung melalui FB dan SMS

Ini senarai nama kawan- kawan.

Seterusnya kelas 5SS2 yang sentiasa mantain...lama sangat dah tak jumpa dema ni..kalau jumpa entah kenal entah tidak lagi


Memang banyak nama yang aku kian lupa...jadi untuk memastikan namamu sentiasa di ingati teman tangkap dengan nama sekali..harapannya satu hari nanti kita akan bertemu kembali


Dan tak lupa buat kawan kawan yang baik hati dari 5SS3..kelas yang selalu riuh sekali...maklumlah ramai hero..meh kita tengok gambar lama ni


dan juga ini


Itu adalah antara gambar lama yang dapat teman kongsikan dengan kawan- kawan yang lain. tapi harap maaf kerana gambarnya yang kurang berkualiti..paling tak kita dapat megimbas dan megingati mereka dahulu yang sama sekelas dalam menuntut ilmu...Insyallah bila berkelapangan saya cuba carikan lagi gambar lama kita untuk dikongsikan..

Salam sayang
Hamidah 8/7/11
12.01mlm

Form Five 1996 (1)

Salam semua....Rasanya dah agak lama blog kita takde post yang barukan????...biasale tu...tengah zaman sibuk melanda.

Anyway last week teman balik kampung. Setibanya di kampung teman mengeledah almari lama yang menyimpan khazanah zaman dulu dulu...hehehe..dan tak sangka rupa- rupanya bertemu dengan majalah sekolah. Ingat lagi tak majalah sekolah???? GEMALA hemmmm...alhamdulilah kesemua 5 keluaran majalah Gemala disepanjang tahun persekolahan di Tok Lela berjaya saya jumpa.

Jadi di keluaran ini teringin rasanya nak berkongsi gambar mekome semua semasa di tingkatan lima..hehehe...waktu tu semuanya nampak kebudak- budakkan, comel je anak pingitanla katakan...

Moh kita tengok dan teka...kalau sapa dapat ingat semua kawan sekelas memang teror...sebab teman pun ada yang lupa huhuhu...maaf ya bukan tak ingat lupa je.:)


Em apa macam??? ada ingatke??? teman dulu secara peribadinya kurang nak rapat dengan Kelas 5 Sains ni mungkin sebab kita dok di blok yang berbeza...aku lebih biasa dengan budak sains yang duduk di Pulau Tiga je sebab kami berkongsi bus nak ke sekolah...sama sama menapak dari stesen bas ke sekolah..ada masanya rasa gerun menunggu kat stesen bas sebab takut dekat Michele si gigi itam huhuhu...

Ok kalau kome lupa nama kawan kat atas meh sini aku refreshkan...kasi tengok bawah ye....

Setelah berbelas tahun berlalu banyak yang telah berubah...yelah yang muda kian tua...teman sendiri dah lama tak berjumpa dengan kawan kelas sains ni...


Seterusnya yang ini kawan kita dari kelas 5 perakaunan..alhamdulilah ramai di antara mereka yang masih dapat dihubungi melalui Facebook...

Kalau ada yang tak ingat nama kawan waktu tu aku dengan berbaik hati tolong listkan untuk menkome semua...jab ye...


Rasanya dulu budak kelas ni paling baik sebab tak berani nak buat bising kelas dema ni sekali dengan blok pentadbiran..hehehe dekat dengan bilik guru dan pejabat...kantoile kalau suka bisingkan???sedangkan aku tahu kacang antunya Gee and the geng hahahha


....... to be continue.....