Sunday 11 December 2011

Batu Hampar Dis 1996

Salam......

Apa khabar semua???? Sihat???atau terlebih makan doyan????hehehhe...seronoknya pada yang bercutikan??? kemanalah agaknya destinasi hujung tahun nie ye????

Teman hujung tahun nie...semuanya tinggal angang- angan..gara2 sistem baru maka cutiku pun telah dibekukan oleh ketua jabatan huargghhh....tension.....

Malam ini kerana fikiran yang berserabut sempatlah teman melayan album - album lama..terjumpalah sedikit gambar lama yang best kalau leh kongsikan sesama...tapi minta maaf pada rakan- rakan kelas lain sebab ini semuanya gambar kelas teman. 5SS1.

Kejadian ini berlaku selepas habisnya SPM 1996...kira ini gambar kami berpoya- poya..haahahaha..akulah yang menjadi master plannernya...hikhikhik dibantu oleh Azlah Karim dan gengs yang kuat menyelap waktu tu...

Rombongan ini kalau tak silap pada 14.12.1996  bermula dengan Air Terjun Batu Hampar Taiping ke Kota Ngah Ibrahim, Taiping...selepas sejuk kena air terjun kami mencari artifak sejarah di kawasan cari gali Ngah Ibrahim...meh kita tengok gambar dulu....WAJAH WAJAH YANG SUCI LAGI MURNI 


Ha itu dia..yang ada ikut masa ni pun guru pengiringnya guru ganti...hehehhe aku dah tak ingat nama cikgu tu....inilah antara muka2 yang ada dalam rombongan kami waktu tu....Hamidah, Cikgu, Jamilah, hasmah, Zarina,Kamariah, Azlinor, Azlah, Zamzaharizat,Asmayanti, Zamzarina,Sumariana,Saliza(lama tak jumpalah) dan Kak Dah
kat bawahnya bebudak lelaki kelas aku yang macho- macho....

Kami pun mandi mandalah di sana....best tempat tu, airnya tak dalam dan sejuk sangat sebab airnya datang dari Bukit Larut....waktu kami pegi memang time tu orang ramai....tapi aku pernah pegi kali kedua dan ketiga..dah tak best macam kita pegi dulu, kawasannya dah kotor...

Waktu ni baru nak test air...sejuk ke tak....:)

yang ni lelaki yang macho......hehhehehe


Selepas puas mandi mandi kami singgah sebentar ke Tasik Taiping tu....main air pulak,,,naik kayak,,,tapi gambar tak sempat nak tangkap sebab teman pun excited naik  angsa beso tu....sampai tengah tasik angsa tu tak mahu dah berjalan....gayat teman dibuatnya...



Dan seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kota Ngah Ibrahim, Tapak kawasan carigali...kebetulan waktu kami pergi tu ada kumpulan pelajar dan pensyarah dari USM yang sedang buat kerja cari gali di situ...jadi ada kawasan yg kami tak dibenarkan masuk...katanya ada bekas sejarah yg amat bermakna di situ....

Kawasan atas ni lebih kurang macam muzium ada  catatan sejarah lama terutamanya zaman bijih timah popular di perak....

Itulah antara koleksi yg teman ada...masih ada banyak lagi...saja upload gambar bagi mengkome lepaskan rindu pada kawan lama...


Jumpa lagi ye

Thursday 6 October 2011

Selayang Pandang (1)

As salam semua.....

Wah lamanya blog kita ni senyap...sunyi ...sepi....lenggang..

Mana semua orang PERGI?????....agaknya masing- masing dulu penat beribadah di bulan Ramadhan dan excited beraya di bulan Syawal....hehheheh
Antara salah sorangnya dakulah tu......well maaf ye mengkome semua....BUZY le kononnya ni...tapi hakikatnya yang hakiki begitulah....banyaknya keja pas raya ni...tak menang tangan...jadi jangalah mengkome pertikaikan di mana entry barunya...kuang...kuang...kuang....

Aduhai..lamanya tak buka blog sampaikan settingnye pun banyak berubah...nak menaip enty ni pun meraba raba mencari settingnya..huhuhu...

Semoga puasa yang lepas memberikan  keinsafan dan kerahmatan buat kita semua dan semoga Syawal yang lalu menghadiahkan kegembiraan buat kalian semua....dan sehingga kini hajat kita untuk dikumpulkan masih lagi belum tertunai...mungkin tidak esok atau lusa atau tulat tapi insyaalah kita sama- sama gembelingkan tenaga untuk mencapai hasrat yang sama.

Enty kali ini  sekadar ingin berkongsi koleksi gambar guru yang masih ada dalam simpanan teman...emmm kejap ye....upload 1st


Pada pelajar aliran sastera mengkome ingat tak sapa ni???? teman suka cikgu ni lembut orangnye..berbudi bahasa just like me...:)..Pn Mashitah Zainuddin..opsyen Bahasa Melayu dan Kususasteraan Melayu... Guru Kelas 5SS1...last sekali yang teman tahu cikgu ni mengajar di SMK Raja Mahdi Klang...lama dah lost Kontek..




Haaa teka..teka siapa Ini????....Jamilah, kau jangan buat lupa ye..termasuklah hasmah...ahahha cikgu ni cikgu gilaan ramai satu ketika dulu..sebab dema kata dia smart..:) Cikgu Abdul Rani...ajar Geografi masa form 2/3...dan Ustaz Zulkefli...Fb Ustaz ada jumpa tapi cikgu Rani selalu je tengok naik  kapcainya kat Kampung Gajah...




Yang ini cikgu kesayangan teman...sebab teman kan minat sejarah...hehehe.Cikgu Idris ni memang sempoi...masuk je bagi  nota...lenguh tangan teman menyalinnya. tapi berkat tunjuk ajar cikgu teman dapat skor dalam sejarah....Nasib baik tak jadi lawyer cikgu....yang ni gambar kami 5SS1...memang kami dulu kaki posing...tunggu gambar2 yang klasik lagi sensasi akan teman upload lain kali.


Gambar ni masa form two kot...banyak kawan yang hampir teman lupa..silap- silap kalau jumpa  langsung tak kenai dah....tapi ada gak mukanya yang tetap maintain hingga ke hari ini....


Dan yang ini antara gambar- gambar terakhir yang ada semasa di bangku persekolahan.Masa  ini kita di tingkatan 5..sesi bergambar untukmajalah GEMALA. aku ingat gambar ni sokmo sebab kena sabotaj..huhuhu... mentang- mentanglah teman ni besor katanya takde BLAZER untukku...jadi walaupun sebagai Penolong Ketua Kelas terpaksa le berdiri di belakang...apalah punya kedai gambar...saiz besor pun tak standby..huhuhuu...



Sunday 7 August 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...

Walaupun telah seminggu berada di bulan ramadhan namun terasa seperti baru semalam ianya bermula...cepatkan masa berlalu...walaupun terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan kerana banyak urusan urusan yang perlu diselesaikan (walhal x de mende pun)...hihiih

Macamana sambutan ramadhan kali ini?...ade kee yang nak balik kg gajah sambut ramadhan?...mesti best kan balik berbuka ngan keluarga di kg gajah ditambah dpt ke bazar ramadhan yang aku leh kira berapa kali je aku penah pegi ke sana...

Dah ada kee meriam berdentam dentum kat kampung?...pelita panjut ada tak yang dekorasinya yg cantik cantik?...dulu masa arwah apak ada dia rajin lee buat panjut dan kadang2 dia buatkan meriam buluh utk anak dan cucunya...

Apa pengisian kawan2 di bulan ramadhan ni?...adakah telah disebatikan di dalam jiwa kita?...atau sekadar menahan lapar dan dahaga seperti kebanyakan orang skearang ni...bermaknakah ramadhan kali ini berbanding sebelum ini...akan adakah lagi ramadhan di tahun hadapan?...semoga amalan yang kita lakukan lebih diberkati dan memperolehi pahala yang berlipat ganda dariNYA...

Tuesday 12 July 2011

APA YA??

korang ingat tak buku GEMALA sekolah?...sapa ada design yg latest?..aku dpt yg lama gilerr jeee...hehe...tuh pun amik kat group mana ntah..isi kandungan GEMALA ni macam macam...selain merekodkan gambar pekerja, cikgu, pelajar dan aktiviti-aktivi sekolah ianya juga terdapat cerpen...sajak...puisi...meh tengok cover majlah GEMALA yang tahun bila ntah...hehehhe...

alaaa..kecik lee pulak....ermmm...tahun 1980...wahh..lama dah ni..ada sesapa yang punya design terbaru leh laa email kat pengelola blog ni yerr...bukan apa...nak gak tgk koleksi koleksi GEMALA yang tak sempat atau tiada sepanjang di sekolah dulu...

yang paling best leh tengok gambo sendiri dlm majlah ni..tapi tu laa...kalo ada sesapa nak jual GEMALA dari tahun 1992 hingga 1996 sila bagitau yeee..nak sgt simpan...GEMALA tahun 1996 yang saya punya dulu dah hilang...syang betul sbb dlm tu ada laaa kata-kata hikmat dr kawan...maklum lee tahun terakhir sekolah...uwaaaaa...mana laa majalah tui...sedih tul....sedih kerana nak tgk balik kata-kata yg kawan2 ucapkan..uwaaa....

Thursday 7 July 2011

Form Five 1996 (2)

Teman minta maaf sebab mutu gambar yang kurang memuaskan...tak sempat nak scan tangkap by handphone dan upload je untuk tatapan kawan semua...

Kelas yang seterusnya 5 SS1. Kelas kami ni satu blok dengan 5SS2 dan 5 SS3. Berada di tingkat atas, kira atas pejabat dan bilik guru. Bergegar selalu cikgu kat bawah dengar kami bergegak gempita di atas..

Kelas 5SS1 adalah kelas yang paling kool...hahaha...siap layan kepala je..
meh kita tengok gambar jab


Gambar ni ada unsur sabotaj dari jurufoto..huhuhu aku pen ketua kelas tapi tak dapat duduk depan sebab katanya tak de blazer yang muat untuk aku hwarghh...huhuhu jadi aku kena dok belakang..huhuhu..dah lama tak jumpa kawan- kawan semua. tapi alhamdulilah kita masih berhubung melalui FB dan SMS

Ini senarai nama kawan- kawan.

Seterusnya kelas 5SS2 yang sentiasa mantain...lama sangat dah tak jumpa dema ni..kalau jumpa entah kenal entah tidak lagi


Memang banyak nama yang aku kian lupa...jadi untuk memastikan namamu sentiasa di ingati teman tangkap dengan nama sekali..harapannya satu hari nanti kita akan bertemu kembali


Dan tak lupa buat kawan kawan yang baik hati dari 5SS3..kelas yang selalu riuh sekali...maklumlah ramai hero..meh kita tengok gambar lama ni


dan juga ini


Itu adalah antara gambar lama yang dapat teman kongsikan dengan kawan- kawan yang lain. tapi harap maaf kerana gambarnya yang kurang berkualiti..paling tak kita dapat megimbas dan megingati mereka dahulu yang sama sekelas dalam menuntut ilmu...Insyallah bila berkelapangan saya cuba carikan lagi gambar lama kita untuk dikongsikan..

Salam sayang
Hamidah 8/7/11
12.01mlm

Form Five 1996 (1)

Salam semua....Rasanya dah agak lama blog kita takde post yang barukan????...biasale tu...tengah zaman sibuk melanda.

Anyway last week teman balik kampung. Setibanya di kampung teman mengeledah almari lama yang menyimpan khazanah zaman dulu dulu...hehehe..dan tak sangka rupa- rupanya bertemu dengan majalah sekolah. Ingat lagi tak majalah sekolah???? GEMALA hemmmm...alhamdulilah kesemua 5 keluaran majalah Gemala disepanjang tahun persekolahan di Tok Lela berjaya saya jumpa.

Jadi di keluaran ini teringin rasanya nak berkongsi gambar mekome semua semasa di tingkatan lima..hehehe...waktu tu semuanya nampak kebudak- budakkan, comel je anak pingitanla katakan...

Moh kita tengok dan teka...kalau sapa dapat ingat semua kawan sekelas memang teror...sebab teman pun ada yang lupa huhuhu...maaf ya bukan tak ingat lupa je.:)


Em apa macam??? ada ingatke??? teman dulu secara peribadinya kurang nak rapat dengan Kelas 5 Sains ni mungkin sebab kita dok di blok yang berbeza...aku lebih biasa dengan budak sains yang duduk di Pulau Tiga je sebab kami berkongsi bus nak ke sekolah...sama sama menapak dari stesen bas ke sekolah..ada masanya rasa gerun menunggu kat stesen bas sebab takut dekat Michele si gigi itam huhuhu...

Ok kalau kome lupa nama kawan kat atas meh sini aku refreshkan...kasi tengok bawah ye....

Setelah berbelas tahun berlalu banyak yang telah berubah...yelah yang muda kian tua...teman sendiri dah lama tak berjumpa dengan kawan kelas sains ni...


Seterusnya yang ini kawan kita dari kelas 5 perakaunan..alhamdulilah ramai di antara mereka yang masih dapat dihubungi melalui Facebook...

Kalau ada yang tak ingat nama kawan waktu tu aku dengan berbaik hati tolong listkan untuk menkome semua...jab ye...


Rasanya dulu budak kelas ni paling baik sebab tak berani nak buat bising kelas dema ni sekali dengan blok pentadbiran..hehehe dekat dengan bilik guru dan pejabat...kantoile kalau suka bisingkan???sedangkan aku tahu kacang antunya Gee and the geng hahahha


....... to be continue.....

Wednesday 22 June 2011

Mereka yang berjasa

Salam semua....kali ini aku nak flash back sikit memori kome semua...moh kita tengok sapa punya mega/giga yang masih power...hehhehe...aku nak bawak sikit ingatan kengkawan mengenai cikgu cikgu yang pernah berjasa buat kita dahulu.

Rasanya sikit sebanyak mesti kawan2 masih ingat akan rakan- rakan disekeliling kita dulu, yang lincah nakal dan buas sikit hahahha...ala dalam setiap satu kelas mesti ada kacang hantukan????

Dan dalam silih masa berganti tu ada ramai cikgu yang mengajar kita...

Dari tingakatan satu hingga ke tingkatan lima cikgu mengajar silih berganti...ada yang kamceng dengan cikgu dan tak kurang juga macam tikus nampak kucing ...hilang lesap entah kemana...tapi situasi kucing dan tikus tu khas buat geng yang nakal - nakal ye seperti ......hehehe tak payahle sebut nama ye????

Antara cikgu yang masih kuat berada di dalam ingatan saya sepanjang bersekolah...antaranya Cg Hajah Ramlah...ngajor subjek math...garang giler cikgu ni tapi sempoi habis...naik basikal je datang sekolah....Cg Arshad yang mengajar Sejarah, Cg Badariah yang mengajar Sains..Cg Asimah yang pernah mengajar Bahasa melayu...ehh kejab meh kita sorot kenangan gambar ni dulu...


Kawan- kawan kenal tak???? heheheh..best cikgu ajar sejarah....

dan juga gambar yang ini...


Pun seorang guru sejarah yang baik dan best...tapi kalau dengan Cg Deris nota punyale banyak cikgu...

Ramai lagi sebenarnya tenaga pengajar kita dahulu cuma semakin menginjak usia tua ni banyak nama yang dah masuk ke arkib...kira lupa le tu..Cg Nordin, Cg Zawiah, Cg Shaharudin, Cg SIti Hajar, Cg Hasyimah, Cg RAni, Cg Ismail dan ramai -ramai lagi...


Gambar ni tentu tak menentu susunan saiznya sebab gambar ni telah diganggu hak ciptanya...dalam erti kata lain rompak/kipnap di FB kenkawan yang ada..maafye..


Dalam simpanan saya juga ada lagi gambar cikgu tapi masih belum discan...insyaallah di masa akan datang kita kongsikan bersama...

Tuesday 21 June 2011

DEWAN SEKOLAH

 Korang perasaan tak dah ada dewan kat sekolah tu...masa zaman aku sekolah dulu takde lagi...rasanya 2-3 tahun lepas kot baru ada...ke dah lama lagi adanya??..hehehe...tapi takper...aku nak story tapak dewan tuh dulu...dulu kat situ lerr tempat bercucuk tanam dan menternak...bagi budak2 yang belajo apa ek?????..kita ada ERT, KH dan....???...lupa daaa...arrr kat situ lee diorg dok bercucuk tanam dan membela puyuh kalo tak silap dulu...sempat le merasa kacang tanah yang ditanam kat situ...hihihi

 Pastu lagi satu situ jugak leee tapak bola jaring untuk training bagi budak2 sekolah...dan tak lupa juga tapak tempat kena denda kalo gagal dlm exam atau tidak mencapai piawaian yg dikehendaki dlm exam...hahaha...korang pernah kena tak??..aku pernah kena sekali sebab x mencapai markah yg dikehendaki dlm subject geografi...aduii malu oiii angkat kerusi keliling padang bola jaring...aduss!!!...korang ada merasa tak?...cikgunya aku ingat sgt sapa...tp x nak lee kabo namanya..korang cari lee sendiri cikgu apa ngajo geografi masa tingkatan 2 tahun 1993...ahhaha...
Pastu kat situ jugak ada sebuah rumah cikgu...rumah tuh sebijikkk jee kat situ...yang aku ingat cikgu yang penah duduk situ cikgu sharudin (kalo x silap) ngan isterinya cikgu zuraidah (juga kalo x silap)...selain drpd diorg tak tau le sapa ada duduk situ lagi...

Tapi tu laa...skang semua di atas telah tiada...yang ada hanyalah satu dewan besar yang amat cantik untuk kegunaan sekolah dan orang luar...kome jangan tak tau...ada gak yang buat majlis kawen kat dlm dewan tu...atee sesapa yang belum kawen tu kalo teringin nak berarak dalam sekolah sila leee..mesti seronok kan???...pastu buat photo shot kat sekolah...perghhh...mesti gempak ...


Thursday 16 June 2011

FORM 2 1993

Masa Tingkatan 2 aku dalam kelas 2C...orang kata 2 cangkul..ermm..suka ati korang laaa....uhuhu..ada aku kesah???....so masa ditingkatan 2 nih ramai gak kawan-kawan yang masa tingkatan 1 satu takde...dah berpecah kelas...makanya ramai laa kawan-kawan baru yang tak berapa nak baru...tengok laa gambo kat bawah kalo kalo ada gambo korang...

sorry lee kawan-kawan...gambo ni amat leerrr kurangg kualitinya..hheheh...melekat kat plastik album abiss terkoyak2 sket...tapi x pe laa yeee...masih dikenali cuma ada satu gambo tu je yg mukannya dah ilang iaitu muka Khairul Aliza Alias...sori ekk ija...tapi alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung....

Cikgu dalam gambo tu Ustaz Jamalullail..garang woo ustaz ni..banyak budak kena penyepak ngan die ni..eheh..tapi die tak ngajo kelas aku...nihh untuk sesi bergambo ni jee..guru kelas aku ke mana ntah haritu...err sapa ekk guru kelas 2C time tuh??..adusss...low memory lagi...kawan2 ingat???...

Masa ditingkatan 2 inilah ada satu tragedi yg amat tragis berlaku di mana kejadian bot karam berlaku semasa menghantar budak2 sekolah menyeberang..gempar satu sekolah..bot yang karam itu dinaiki oleh pelajar perempuan...tapi aku tak tau berapa yang naik untuk satu trip..yg pasti 2 org telah terkorban dalam tragedi itu..amat menyedihkan dan mengejutkan kerana bot tersebut adalah pengangkutan yg memang digunakan dari dulu lagi...tp macamana boleh karam???...WALLAHULAM hanya Tuhan yg mengetahui...buat kawanku Serjana Daud...syukur ke hadrat Allah kerana memanjangkan lagi usia anda walaupun anda adalah salah seorang mangsa ketika itu...Al-Fatihah untuk 2 org sahabat yg telah pergi dalam kejadian tersebut...Al-fatihah...

Tuesday 14 June 2011

IN MY HEART

Kawan-kawan...adakah anda ingat alamt sekolah ni....

SMK Dato’ Seri Maharaja Lela,
Jalan Besar Kg. Gajah
36800 Kampung Gajah, Perak

sebenonya aku pun tak tau alamat sekolah ni cenggini sebab tak penah lak anto surat mahupun kad raya ke situ...adusss!!...senang beno alamatnya...hahaha..atee kalo nak nganto surat letak jee kat pos pengawal tuh pun bleh kot...

alaa..kecilnya gambo..tak pee lee.tuh lee pos pengawal tu...ihihih...nih pun curi gambo kat album kawan...hahahah...

aku cuba cari lagu sekolah tapi tak jumpa..ada tak yang tau...kalo bleh buat video yee...senang nak menari mengikut rentak lagu...cewahhh...tapi kat atas tuh bukan lee lagu sekolah tok lela yee kawan-kawan...hehehe

Kengkawan dan Guruku....

Salam buat semua kawan yang budiman...best dan menarik bila lihat semua entry yang ditulis oleh cik kak Fadzilah kita.


Semestinya kenangan di zaman persekolahan menarik sekali. Mula - mula lapor diri di sekolah menengah kecut perut..tengok bangunannya besar dan orangny ramai. Tengok pulak cikgunya ada yang nampak bengis dan tak kurang juga yang tersenyum simpul..em sejuk rasa hati hilang rasa takut tadi...Waktu mula- mula lapor diri ingat lagi dari Pulau Tiga Kanan kami naik basikal...wahhhh besarnya sekolah, ramainya manusia..emmm ramainya abang yang hendsome- hendsome :) hehhehe...

Minggu pertama orientasi...emm kome semua ingat lagi tak??? diperkenalkan itu dan ini,...diagihkan kelas..rasanya aku masuk kelas 1B bersama dengan Wan Zamzarina, Sulaida Azrul Naim, ehh ramai lagi kena tengok balik gambar lama untuk menyegarkkan ingatan yang dah kian berkarat...

Kalau tak silap ada 8 kelas semuanya...masa berlalu ada banyak kenangan yang best.Percaya tak dulu aku dalam katogeri pelajar yang malu dan bersopan santun :) hehhehe...ehh betoi percayalah...sebab tu dulu aku tak berapa nak glamer




Kalau tak silap semasa di tingkatan satu guru - guru yang mengajar BM-Cg Asimah, SEJ- Cg Arshad, Sains- CG Badariah, Matematik - Cg Hjh Ramlah, alahai ramai lagii yang dah tak ingat betoi - betoi kena tengok gambar lama...dulu kalau kamu semua ingat kita ada solat selepas habis kelas ...seminggu sekali...

Kalau ada yang membaca terlibat dalam ensiden yang nak aku kongsikan ini ampun maaf ye...ingat lagi selapas ambik wudhuk masing masing bersegera memakai telekung dan masuk saf nak ambik pahala sunat dengan mengerjakan sembahyang sunat..waktu tu yang se"saf" dengan aku semua kawan2 yang sekepala..habis solat sunat iqamah dibaca masing2 bergegas membetulkan kedudukan dan kembali kusyuk dalam jemaah...tiba-tiba ketika rakaat yang kedua tercium bau yang semerbak yang mengembangkan hidung aku yang memangnya kembang nie...makin lama makin tengik ciss....sapa kentut nie?????ati yang tadi kusyuk mula tercari2 sapa bikin taik ...kik kik kik ada pulak malaun yang ketawa sudahnya habis satu saf kami membatalkan diri...hampeh betoi kome nie...dah tahu nak kentut buangle hajat tu dulu...

Banyak memang banyak cerita lama yang boleh dikongsi...insyaalah semuanya akan kita kongsikan dari masa ke semasa....

With Love
Hamidah,Sitiawan

Monday 13 June 2011

FORM 1 PART 4

Masa di tingkatan 1 ada 6 atau 7 kelas masa tu...banyak woo kelasnnya...ader sesapa ingat ada berapa kelas semuanya?...kalo lee semua tu ada dan masih dikenali alangkah seronoknya...cikgu-cikgu pun ada yang ingat ingat lupaaa..pengetua time tu????...wahhhh lemahnya memori nii...nape aku tak ingat yee....adakah ini tanda- tanda usia semakin matang@kertu??..ekekekke... 



Aku cuba senaraikan kawan-kawan aku di tingkatan satu untuk kenangan bersama...Mohamad Niza Fakaruddin, Fazeli Hashim, Mahmud Hafiz, Mohd Rizal Zamberi, Mat Rosnan (kalo x silap), Farid Zamin (budak paling jahat), Kamaruddin Ramli, Azrin, Hafizan, Azmi ke azman??(kembo), Siti Yanti, Rospawati (ejaan?), Kamariah, Rohayati, Norhayati,Nordasima@syida, Zamzaharizat, Asmayanti, Nurul Fazilah, Rohani, Syazwani (betul ke?), Wan (x ingat wan apa), Zurina, Rogayah, Hamidah dan ada sorang dua lagi yang aku tak ingat...mana-mana ada kawan kawan aku di dalam kelas ini harap boleh betulkan kalo ada yang silap...


FORM 1 PART 3


Bermulalah kehidupan ku menjadi pelajar tingkatan satu yang baik punyaa...hhehehhe...setelah diberi kepercayaan menjadi ketua kelas seterusnya aku dilantik menjadi pengawas pula...ermm.. ok ker? Bertambah lagi lee tugas aku..turunkan bendera, panggil budak2 turun perhimpunan...tp tak berani woo sebab masa tuh baru form 1...ahaks!!...senior senior semuanya besar2 time tuh...tapi tak ramai yang aku ingat ... tapi kalo jumpa mungkin ingat kot...



aku mula mengaktifkan diri dalam bidang sukan plak...cewahh! atlet lee sgt...bola jarring, bola baling, lontar peluru dan sebagainya...tapi semua tak berapa nak berjaya kecuali bola jarring..pasai apa??...bak kata nurul fazilah nko tuh tinggi...senang leee...hahahahha...tapi seronok tau main bola jaring...aku masuk group bwh 18 walapun sepatutnya aku masuk bawah 15....sebab cikgu cakap bawah 18 takde orang...atee..layankan jee laa...yang bestnya bawah 18 ada kakak aku skali...kalo masa training tuh dia jaga aku lee...aku dulu jadi GS dan dia jadi GK..kalo bola masuk kat gol je cikgu mesti kata akak aku saja jee lepaskan tak nak jaga aku..bleh gituuu???...

FORM 1 PART 2


kelas aku dulu kat hujung bangunan blok apa ntah...dah lupa...huhuhu...tapi dekat ngan toilet gak...so..budak2 lelaki selalu lepak belakang tu...merokok la, gaduh laaa, ponteng la...kan fazeli hashim..


guru kelas time tu Cikgu Shahrizat kalau tak silap namanya...baik ya amat...ngajo pun suara pelan beno...ngajo sains plak tu...tp yang tak leh tahannya asik tulis nota jee kat papan hitam...lenguh menyalinnya...tp tgk cikgu tu takde lak lenguh...x de ke serbuk2 kapur tuh masuk idung dia...sian kan cikgu dulu2....pakai kapur untuk menulis...tak baik utk kesihatan...ye ke? Aku cuba mengingati nama-nama cikgu yang mengajo masa tingkatan satu...tp macam tak ingat semua laa...uwaaa...ampunkan saya cikgu...yang ingat bebeno cikgu zawiah jerrr..kenapa dia dihati???..adalah kisahnya.

untuk makluman gambo kat atas bukan gambo sekolah aku...tapi INSYAALLAH....kalo pihak pentadbiran sekolah nak buat cenggitu apa salahnya kan...hiihih..peace no war....