Sunday 7 August 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...

Walaupun telah seminggu berada di bulan ramadhan namun terasa seperti baru semalam ianya bermula...cepatkan masa berlalu...walaupun terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan kerana banyak urusan urusan yang perlu diselesaikan (walhal x de mende pun)...hihiih

Macamana sambutan ramadhan kali ini?...ade kee yang nak balik kg gajah sambut ramadhan?...mesti best kan balik berbuka ngan keluarga di kg gajah ditambah dpt ke bazar ramadhan yang aku leh kira berapa kali je aku penah pegi ke sana...

Dah ada kee meriam berdentam dentum kat kampung?...pelita panjut ada tak yang dekorasinya yg cantik cantik?...dulu masa arwah apak ada dia rajin lee buat panjut dan kadang2 dia buatkan meriam buluh utk anak dan cucunya...

Apa pengisian kawan2 di bulan ramadhan ni?...adakah telah disebatikan di dalam jiwa kita?...atau sekadar menahan lapar dan dahaga seperti kebanyakan orang skearang ni...bermaknakah ramadhan kali ini berbanding sebelum ini...akan adakah lagi ramadhan di tahun hadapan?...semoga amalan yang kita lakukan lebih diberkati dan memperolehi pahala yang berlipat ganda dariNYA...

No comments:

Post a Comment