Sunday 11 December 2011

Batu Hampar Dis 1996

Salam......

Apa khabar semua???? Sihat???atau terlebih makan doyan????hehehhe...seronoknya pada yang bercutikan??? kemanalah agaknya destinasi hujung tahun nie ye????

Teman hujung tahun nie...semuanya tinggal angang- angan..gara2 sistem baru maka cutiku pun telah dibekukan oleh ketua jabatan huargghhh....tension.....

Malam ini kerana fikiran yang berserabut sempatlah teman melayan album - album lama..terjumpalah sedikit gambar lama yang best kalau leh kongsikan sesama...tapi minta maaf pada rakan- rakan kelas lain sebab ini semuanya gambar kelas teman. 5SS1.

Kejadian ini berlaku selepas habisnya SPM 1996...kira ini gambar kami berpoya- poya..haahahaha..akulah yang menjadi master plannernya...hikhikhik dibantu oleh Azlah Karim dan gengs yang kuat menyelap waktu tu...

Rombongan ini kalau tak silap pada 14.12.1996  bermula dengan Air Terjun Batu Hampar Taiping ke Kota Ngah Ibrahim, Taiping...selepas sejuk kena air terjun kami mencari artifak sejarah di kawasan cari gali Ngah Ibrahim...meh kita tengok gambar dulu....WAJAH WAJAH YANG SUCI LAGI MURNI 


Ha itu dia..yang ada ikut masa ni pun guru pengiringnya guru ganti...hehehhe aku dah tak ingat nama cikgu tu....inilah antara muka2 yang ada dalam rombongan kami waktu tu....Hamidah, Cikgu, Jamilah, hasmah, Zarina,Kamariah, Azlinor, Azlah, Zamzaharizat,Asmayanti, Zamzarina,Sumariana,Saliza(lama tak jumpalah) dan Kak Dah
kat bawahnya bebudak lelaki kelas aku yang macho- macho....

Kami pun mandi mandalah di sana....best tempat tu, airnya tak dalam dan sejuk sangat sebab airnya datang dari Bukit Larut....waktu kami pegi memang time tu orang ramai....tapi aku pernah pegi kali kedua dan ketiga..dah tak best macam kita pegi dulu, kawasannya dah kotor...

Waktu ni baru nak test air...sejuk ke tak....:)

yang ni lelaki yang macho......hehhehehe


Selepas puas mandi mandi kami singgah sebentar ke Tasik Taiping tu....main air pulak,,,naik kayak,,,tapi gambar tak sempat nak tangkap sebab teman pun excited naik  angsa beso tu....sampai tengah tasik angsa tu tak mahu dah berjalan....gayat teman dibuatnya...



Dan seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kota Ngah Ibrahim, Tapak kawasan carigali...kebetulan waktu kami pergi tu ada kumpulan pelajar dan pensyarah dari USM yang sedang buat kerja cari gali di situ...jadi ada kawasan yg kami tak dibenarkan masuk...katanya ada bekas sejarah yg amat bermakna di situ....

Kawasan atas ni lebih kurang macam muzium ada  catatan sejarah lama terutamanya zaman bijih timah popular di perak....

Itulah antara koleksi yg teman ada...masih ada banyak lagi...saja upload gambar bagi mengkome lepaskan rindu pada kawan lama...


Jumpa lagi ye

2 comments:

  1. lama benar dah gambo tu. hihi...

    ReplyDelete
  2. teman ada simpa lagi wehh...sesekali tengok seronok tau...budak baik aje ruponya hikhikhik

    ReplyDelete