Tuesday 14 June 2011

Kengkawan dan Guruku....

Salam buat semua kawan yang budiman...best dan menarik bila lihat semua entry yang ditulis oleh cik kak Fadzilah kita.


Semestinya kenangan di zaman persekolahan menarik sekali. Mula - mula lapor diri di sekolah menengah kecut perut..tengok bangunannya besar dan orangny ramai. Tengok pulak cikgunya ada yang nampak bengis dan tak kurang juga yang tersenyum simpul..em sejuk rasa hati hilang rasa takut tadi...Waktu mula- mula lapor diri ingat lagi dari Pulau Tiga Kanan kami naik basikal...wahhhh besarnya sekolah, ramainya manusia..emmm ramainya abang yang hendsome- hendsome :) hehhehe...

Minggu pertama orientasi...emm kome semua ingat lagi tak??? diperkenalkan itu dan ini,...diagihkan kelas..rasanya aku masuk kelas 1B bersama dengan Wan Zamzarina, Sulaida Azrul Naim, ehh ramai lagi kena tengok balik gambar lama untuk menyegarkkan ingatan yang dah kian berkarat...

Kalau tak silap ada 8 kelas semuanya...masa berlalu ada banyak kenangan yang best.Percaya tak dulu aku dalam katogeri pelajar yang malu dan bersopan santun :) hehhehe...ehh betoi percayalah...sebab tu dulu aku tak berapa nak glamer




Kalau tak silap semasa di tingkatan satu guru - guru yang mengajar BM-Cg Asimah, SEJ- Cg Arshad, Sains- CG Badariah, Matematik - Cg Hjh Ramlah, alahai ramai lagii yang dah tak ingat betoi - betoi kena tengok gambar lama...dulu kalau kamu semua ingat kita ada solat selepas habis kelas ...seminggu sekali...

Kalau ada yang membaca terlibat dalam ensiden yang nak aku kongsikan ini ampun maaf ye...ingat lagi selapas ambik wudhuk masing masing bersegera memakai telekung dan masuk saf nak ambik pahala sunat dengan mengerjakan sembahyang sunat..waktu tu yang se"saf" dengan aku semua kawan2 yang sekepala..habis solat sunat iqamah dibaca masing2 bergegas membetulkan kedudukan dan kembali kusyuk dalam jemaah...tiba-tiba ketika rakaat yang kedua tercium bau yang semerbak yang mengembangkan hidung aku yang memangnya kembang nie...makin lama makin tengik ciss....sapa kentut nie?????ati yang tadi kusyuk mula tercari2 sapa bikin taik ...kik kik kik ada pulak malaun yang ketawa sudahnya habis satu saf kami membatalkan diri...hampeh betoi kome nie...dah tahu nak kentut buangle hajat tu dulu...

Banyak memang banyak cerita lama yang boleh dikongsi...insyaalah semuanya akan kita kongsikan dari masa ke semasa....

With Love
Hamidah,Sitiawan

No comments:

Post a Comment