Saturday 11 June 2011

Terima kasih buat semua


Alhamdulilah,Blog Tok Lela telah dilayari melebihi 300 kali. Satu perkembangan yang amat baik dan memberangsangkan. Semoga dengan sokongan kawan - kawan akan memberikan lebih semangat kepada "tukang tulis" untuk terus menulis dan mengutip kembali ingatan -ingatan cerita dahulu untuk perkongsian kita bersama.

Tempoh lima tahun bersama bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Pasti banyak suka duka,senyum tawa tak kurang juga yang bermasam muka dengan cerita dahulu kala. Kini hampir 14 tahun kita meninggalkan alam sekolah menengah...wah lama tu...dan andainya tarikh itu adalah tarikh terakhir kita pernah bertemu muka dapat anda bayangkan berapa lama masa itu telah berlalu meninggalkan kita...

Apa yang kami cuba lakukan di sini adalah mengutip kembali saat- saaat yang pernah kita lalui dahulu. Kenangan ketika dibangku persekolahan dan menempuh zaman - zaman membesar. Pastinya ada yang mencuit rasa dan menguris hati.Jadi izinkan kami di sini untuk menulis serba sedikit mengenai masa kita bersama dahulu..Tiadalah niat di hati untuk mengungkit cerita yang lama atau menguris rasa di jiwa kerana niatnya hanya sekadar bertukar cerita, berkongsi rasa, dan mengimbau kembali kemesraan yang pernah terjalin mesra.

Sepanjang 14 tahun berlalu, sama ada andai sedar atau tidak ada rakan- rakan yang terus ada di sisi dan tak kurang juga yang kian menyepi dan akhirnya hanyut menjelang siang hari..natijahnya kami menyediakan blog ini dengan harapan ikatan ukhwah diantara kita dapat disemarakkan.

Justeru itu kami mengharapakn kerjasama dan tindah balas anda semua untuk menjayakan misi ini. Seandainya ada idea menarik yang ingin dikongsi bersama silakan..atau sekiranya ada sebarang pemberitahuaan atau perkongsian maklumat untuk kebaikan bersama ianya amatlah dialu-alukan.


Blog ini adalah satu perkongsian bersama..semoga yang menjengok akan dapat menjadi pengikut yang setia dan memberikan banyak idea kepada kami untuk dipaparkan kepada semua...malahan sehingga ke saat ini kami masih mencari wakil dari kelas 5S,5P, 5SS2 dan 5SS3 yang sudi tampil untuk menjadi penyampaian cerita di wadah kita ini.

Akhir kalam semoga ia merupakan satu kesinambungan yang baik dalam kita mengeratkan kembali persaudaraan. Semoga ianya menjadi satu medium terkini buat semua berkumpul dan bertanya khabar, mengimbau dan merasakan kehangatan masa silam ketika bergelar remaja di Tok Lela.

Percayalah ada yang dahulu nakal gila
Kini dah jadi baik aje
Ada yang dulu muka seposen dua
Kini dah ensem giler
Ada gak yang dulu eksen sepanjang masa
Kini dah pandai senyum mesra

Hahaha itu dulu punya cerita
Waktu itu kita muda remaja
Sekarang Umur dah mula nak senja
Tapi masih boleh nak bergaya

Opps cukup had ini celoteh saya
Kita jumpa lain kali saja...:)


With Love
Pn Hamidah,Sitiawan

4 comments:

  1. Ya, 300 pengunjung dengan 7 orang followers :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah satu perkembangan yang baik selaps beberapa hari diberanakkan blog ni :)

    ReplyDelete
  3. aku jee viw dah 100 kali..hahahahah...wehh suka suka..x sangka ada gak sudi jenguk..midah..aku try buat karangan..nanti aku post kat pjah wahab...

    ReplyDelete
  4. aku pun suka dan akan teru suka sebab kat sini aku boleh tengok dan jumpa kome semua....:)

    ReplyDelete